Tempat Lahir : HUKM, Cheras KL
Berat lahir : 3.54kg
Tarikh Lahir: 28 Januari 2007
Waktu lahir : 11.40pagi
Sewaktu melahirkan anak kedua ini.....proses kelahirannya sungguh mudah..... ;-)
aku mengalami sakit bersalin pada pukul 5 pagi...hanya sakit perut memulas.....
tetapi setiap minit menjadi kontraksinya menjadi lebih kuat lagi...... :-S
Pukul 10.00 pagi aku mengambil keputusan untuk ke Hospital kerana aku tak tahan menanggung sakit yang makin lama makin kuat dan kerap............. :-S
Sebelum aku ke Hospital, sempat lagi aku menghantar anak sulung ku Muhammad Danial ke rumah nenek nya di Pandan Indah. :-D
Sampai saja di O&G HUKM...aku disuruh baring untuk melihat berapa bukaan........
Ya Allah.....rupa-rupanya dah terbuka 8cm..... apa lagi, aku terus disorong ke Wad Bersalin...... :-S
Selepas Bidan memecahkan air ketuban, aku terasa seperti ingin meneran.......dengan beberapa kali teran, aku selamat melahirkan anak ku Muhammad Iskandar dengan berat badan nya 3.54kg...... :-)
Alhamdulilah.....kali ini aku berjaya melahirkan anakku secara normal...tidak seperti yg sebelumnya iaitu secara pembedahan.....
Di sini aku abadikan gambar anak ku semasa di HUKM ....masa ini umurnya baru 1 hari....... 8-)